Setiap pembangun laman web akan mahu memastikan hasil mereka bersesuaian dan berkeadaan baik walaupun di buka dengan menggunakan apa sahaja pelayar web Kebanyakan laman web terkini menggunakan pelbagai pengaturcaraan yang canggih seperti CSS, Javascript, AJAX dan lain-lain lagi. Tetapi untuk memastikan ianya berlaku seperti dikehendaki dan script tersebut berjalan dengan baik, pereka bentuk laman web perlu memasang beberapa jenis pelayar web untuk memastikan reka bentuknya tidak mengalami masaalah. Untuk mengurangkan kesukaran tersebut, laman web ini mungkin dapat meyelesaikanya.
Laman ini akan mengambil "screenshots" laman web anda dengan menggunakan pelbagai pelayar web daripada pelbagai sistem operasi. Sebagai contoh "screenshot" paparan laman web anda ketika di sistem operasi BSD dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox 2.0.
Hak cipta terpelihara oleh tuan punya hak tersebut. cengkeh.net tak bertanggungjawab atas apa-apa kesulitan, kerosakan,
kemugkaran berlaku atas sebab penggunaan laman web ini.
Untuk berhubung dengan pentadbir laman ini, sila email ke admin at cengkeh dot net.