Maaf

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

  Maafkan Sayang (sedih citer ni)

*Sedihnya citer nihhh......*

"Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri dikala suami
yang selama
10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan
hubungan
terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga
inikah
balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu suami?

Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air mataku
meneyelinap ke dalam diri. Sayang kasihmu abang sudah tidak
sehangat ini.
Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi
cinta kami
selama sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak
sedikit
pun abang menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita

  My little Shin-Chan Come KL

Yeah!! datang juga akhirnya kamu...rindu!

  Uji Capaian Server Dari Pelbagai Negara & Di mana Ianya Perlahan

Uji Capaian Server  Dari Pelbagai Negara & Di mana Ianya Perlahan

  1. Macam mana nak pastikan laman web atau server pelayan kita boleh diakses dari sesebuah negara tersebut atau pun tidak.
  2. Mungkin juga nak memeriksa kepantasan atau "latency" dari tempat-tempat tersebut.
  3. Nak tahu tempat-tempat mana paket perlu "route" untuk sampai ke komputer pelayan.
  4. Mengenal pasti tempat-tempat perlahan atau "high latency".

 

  Automatik reboot ketika kernel panic.

Automatic reboot on kernel panic / Automatik reboot ketika kernel panic.

Secara asasnya linux takkan automatik reboot ketika dalam keadaan kernel panic. Arahan ini mungkin tak berapa berguna kepada pengguna akhir, tetapi amat berguna kepada komputer pelayan. (malas nak tekan butang reset)...hahah

Caranya mudah sahaja.

1. Buka file di bawah dengan menggunakan editor yang hampa suka:
sudo vi /etc/sysctl.conf

2. Tambah arahan berikut kat akhir baris:
kernel.panic = 15

Atau

1. masukkan arahan berikut sahaja
/sbin/sysctl -w kernel.panic=15

  Dosa Tanpa Taubat.

Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.

   Berfikir! Jangan Jadi Robot!!

Contohnya sistem buku daftar yang semakin “dicanggihkan” dengan kewujudan perisian-perisian Komputer seperti Microsoft Office Access. Semua proses dan fail pendaftaran hanya disimpan di dalam Hard Disk yang mudah dibawa kemana-mana. Berbeza dengan sistem pendaftaran zaman dahulu yang memerlukan kepada fail yang bertimbun-timbun!

Dunia boleh dijelajahi dengan hujung jari

Sepertimana yang kita telah ketahui, kemudahan Internet yang semakin menjadi keperluan manusia hari ini, mampu membuatkan seseorang itu mampu berhubung, mencari maklumat, statistik dan sebagainya. Sangat mudah! Sehingga hendak tempah barang pun hanya perlu mengklik pada tetikus!

 

 

 

Hak cipta terpelihara oleh tuan punya hak tersebut. cengkeh.net tak bertanggungjawab atas apa-apa kesulitan, kerosakan,
kemugkaran berlaku atas sebab penggunaan laman web ini. Untuk berhubung dengan pentadbir laman ini, sila email ke admin at cengkeh dot net.

hit counterserver monitor Display Pagerank